Farmasi Lautan
Selsun Blue Extra Moisturizing 120 ml-7%
SELSUN BLUE

Selsun Blue Extra Moisturizing 120 ml

RM27.90RM29.90

Ada stok

Tambah ke troli

Bayar di Lautan EzBuy, kedai dalam talian kami

  • Ambil di cawangan Farmasi Lautan berdekatan anda
  • Atau dihantar terus ke rumah anda

Tentang produk ini

Penerangan Produk:

Selsun Blue Pro Extra Moisturizing Pro Anti-Dandruff Shampoo 120ml

1. Melawan Kelemumur & Mengawal Kemunculan Semula - dengan Selenium Sulfide untuk membantu mengawal serpihan kelemumur dan gatal

2. Pelembapan Unggul untuk Rambut Lembut dan Mudah Diurus - dengan ekstrak Madu Perancis semula jadi untuk memulihkan kelembapan rambut dan kulit kepala bagi pelembapan yang tahan lama.

3. Pelembapan Ekstra - ditambah 3 jenis bahan perapi untuk membaiki rambut kering & rosak

Cara Penggunaan Produk

1. Urut syampu pada kulit kepala yang basah

2. Biarkan pada kulit kepala selama dua hingga tiga minit

3. Bilas kulit kepala sehingga bersih

4. Ulang penggunaan dan bilas sehingga bersih

5. Selepas bersyampu, basuh tangan dengan baik.

Untuk hasil yang optimum, gunakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Amaran Produk

1. Untuk kegunaan luar sahaja

2. Mengandungi Selenium Disulphide (Selenium Sulfide). Elakkan sentuhan dengan mata atau kulit yang rosak. Jika tersentuh, bilas dengan air sehingga bersih

3. Jauhkan daripada kanak-kanak.

4. Penggunaan pada kulit atau kulit kepala boleh menyebabkan kerengsaan atau pemekaan. Jika berlaku tindak balas kepekaan, hentikan penggunaan.

5. Selenium Sulfide boleh merengsakan membran mukus mata dan sentuhan dengan kawasan ini perlu dielakkan.

6. Selenium Sulfide boleh merosakkan barang kemas. Tanggalkan barang kemas sebelum digunakan.

7. Untuk rambut yang diwarnakan atau dikerinting, bilas sehingga bersih (perubahan warna mungkin berlaku pada rambut berwarna).

8. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor jika keadaan bertambah teruk atau tidak bertambah baik selepas penggunaan biasa produk ini seperti yang diarahkan.

Bahan-bahan Produk

Water, Ammonium Laureth Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate,Cocamidopropyl Betaine, Dimethiconol, Decyl Glocoside, Glycerin, Styrene/Acrylates Copolymer, Disodium Lauryl Sulfosuccinate, Acrylates Copolymer, PPG-10 Methyl Glucose Ether, Selenium Sulfide, Cocamide MEA, Fragrance, Ammonium Sulfate, Glycol Distearate, Cetyl Alcohol, Citric Acid, Polyquaternium-10, Guar Hydrocypropyltrimonium Chloride, Sodium Chloride, Butylene Glycol, Honey Extract, Amodimethicone, PEG-55 Stearate, Laureth-4, Laureth-23, Ammonium Chloride, Sodium Benzoate, Citric Acid, Tea-Dodecylbenzenesulfonate, Ceteareth -7, Ceteareth -25, CI 42090, Urea, Methylisothiazolinone, Arginine, Iodopropynyl Butylcarbamate, Phenoxyethanol, Sodium Lactate, Ornithine HCL, Lysine HCL, Arginine HCL, Propylparaben, Methylparaben, Caprylyl Glycol.

Bahan aktif

SELENIUM SULFIDE 1%

Tidak pasti sesuai untuk anda?

Tanya ahli farmasi kami sebelum membeli. Percuma, di WhatsApp.

Ulasan pelanggan

Belum ada ulasan. Pelanggan yang membelinya dalam talian atau di cawangan kami boleh menilainya.

Lagi dalam Penjagaan Diri

Lihat semua